Tuesday, June 28, 2016

Kenapa memilih menjadi Agen Takaful?

Assalamualaikum pembuka bicara.

Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak tulis kisah hidup dalam blog. Biarlah ini menjadi diari untuk berbicara, mengadu, menulis sejarah kehidupan sebagai seorang isteri agen takaful. Lagi-lagi di saat genting iaitu di awal usia 1-5 tahun usia penglibatan suami dalam bidang takaful.

Saya tak berapa ingat sejak bila dia mula melibatkan diri dalam dunia takaful secara part time tapi dia mula menjadi full time agent sekitar pertengahan tahun lepas (2015). Meninggalkan kerjaya impian dia pada zaman belajar dahulu yang digauli hampir 7 tahun dengan annual salary MYR 66k demi menyahut cabaran berkerja sendiri. Banyak perkara yang mendorong keputusan nekad yang diambil.

Pertama disebabkan suasana kerja dan industri yang dia ceburi terlalu kecil. Untuk duduk menunggu career advancement di tempat sama seperti menunggu buah kelapa gugur sendiri. Bukan mustahil tetapi lambat lagi nampaknya. Untuk berhijrah ke company lain yang sama industripun rasa macam keluar mulut buaya untuk masuk mulut naga. Nak melompat ke industri lainpun agak payah sebab semuanya memnadang experience. Kalau dah lari bidang memang dia dianggap zero experience dan mereka lebih rela mengupah fresh graduate. Jadi dia nampak peluang yang cerah dalam bidang takaful.

Kedua ialah disebabkan dia nak ada 'flexible working time'. Yup, menjadi agen takaful kita akan ada masa kerja yang flexible. Tidak ada istilah lambat masuk kerja, tiada boss yang nak marah kalau lambat datang office dan paling utama dia berkorban untuk anak kami yang memerlukan perhatian lebih. Saban minggu ada sahaja appointment di hospital untuk menjalani terapi dan juga rawatan. Kalau masih dia masih bekerja makan gaji maka agak sukar untuk ambil cuti. Saya pula isteri berkerjaya bukan surirumah sepenuh masa. Di saat genting begini salah seorang kena terus berkerja makan gaji. Seorang agen takaful ni bukanlah mudah untuk terus berjaya. Banyak benda kena dipelajari sebelum menjadi agen takaful yang berjaya.

Setakat ini dahulu perkongsian saya sebagai pendahuluan. Nanti saya sambung lagi.